Thursday, January 9, 2014


Aku dah banyak kali sedih...tapi malam ni (24 Disember 2013) aku tak mampu nak luahkan...Allah tahu hati aku...
Dalam cinta...aku harapkan dia pendamping hidup aku, aku harapkan dia guru aku, aku harapkan dia ustaz aku, aku harapkan dia kaunselor aku...tapi angan-angan aku musnah...dia murabbi aku,,,aku takkan pernah lupa semua panggilan aku pada dia...sebab dia ajar aku ape tu cinta...sambil cari redha Allah...aku tahu ia salah...Cuma menunggu masa bila aku dapat menjadi yang halal pada dia...
Walau hanya sekali aku bersua dengannya...tapi hati ni amatlah sayang...aku tak tahu...dan aku tak jangka....
Tapi aku tak mampu teruskan perasaan ni...aku malu....
Aku malu pada diri...
Aku malu pada keluarga aku...
Aku rasa hina....
Hanya kerana aku ada abang seorang penagih...aku benci abang aku...aku benci...aku tak mampu nak bercakap dengan abang aku sendiri...aku dah tak mampu beri senyuman pada dia...kenapa aku perlu berusaha untuk seorang penagih????
Aku terlalu mengimpikan seorang abang....seorang kakak yang mampu didik aku, jaga aku, bergurau dengan aku, jadi tempat luahan aku....tapi semua tu impian...impian yang tak mungkin jadi kenyataan...
Tapi sekarang..jauh sekali...aku terlalu kurang untuk itu...mungkn aku tak layak...aku tak layak dapat kasih sayang...dan aku....hanya menanti kasih sayang dia....dan ia juga mustahil untuk seorang insan seperti aku, adik penagih dadah.
Aku mula rasa hidup ni dah kosong, nothing to proud...hanya hidup mengikut rentak keluarga ku.
Aku terlalu ridukan dia...aku rindukan kata-kata semangat dari dia dan mengharapkan dia dengar tangisan aku. Aku ingin dia ada dekat dengan aku.
Rindu yaAllah...........

yaAllah...aku tahu diri ini amatlah hina darinya...aku miskin, aku serba kekurangan, aku adik penagih pembohong pencuri....aku malu jika aku beri benih busuk pada insan yang hidup dalam kelengkapan.
Kata kekasihMu, pilihlah calon dalam 4 perkara...agama, keturunan, harta dan rupa...kesemuanya aku kurang!!! Aku jahil, keturunan aku ade buah yang tak elok...aku hanya orang miskin, dan tidaklah secantik mereka yang berpelajaran.
Sampai bila yaAllah aku perlu hidup begini...aku hanya mampu berharap Kau kuatkanlah aku...Kau tabahkan lah aku....
Kenapa perlu hadir perasaan sayang dan cinta ini pada insan yang hebat, insan yang tak patot aku cinta dan dambakan.????
Aku rindu saat aku menangis di telinganya...
Aku rindu mendengar ucapan semangat darinya...
Aku rindu gelak tawanya....
Aku rindu penegasan dari saat dia memarahiku....
Dan aku rindu keluhan penat dia bila keletihan...
Aku semua tu dan aku yakin iakan takkan berulang....
Hanya kerana aku tak layak...jauh berbeza keturunannya denganku...
Penat yaAllah..................................................................................................12.30am

No comments:

Post a Comment